http://deaumar.blogspot.com/
glitter-graphics.com

Saturday, December 28, 2013

Thanks to ALLAH 

الحمد لله



Dalam menempuh perjalanan kehidupan, kita kadang-kadang bahkan selalu terlalai dan terpesona akan keindahan yang terlihat dek mata kita.  Sehingga melencong masuk ke jalan atau lorong yang salah.  Kita mungkin cepat atau lambat sedar bahawa jalan yang dimasuki itu jalan yang salah.  Namun, apabila tersedar bahawa jalan itu salah, janganlah pula pasrah lalu putus asa.  Jangan anggap bahawa tiada harapan lagi untuk pulang ke jalan yang asal, iaitu jalan menuju kepada keredhaan ALLAH.
Kita masih ada harapan untuk buat pusingan-U dan masuk kembali ke jalan sebenar.  Walau jauh mana pun kita telah tersesat dan walau jauh mana pun kita telah terlencong, peluang untuk kembali ke jalan yang sebenar sentiasa terbuka dan malah amat dialu-alukan oleh ALLAH `Azza wa Jalla.

Walau jauh mana pun dikau tersasar dan terlencong, kembalilah. Kembalilah ke jalan menuju ALLAH. ALLAH sayang kamu.  الله  

Jangan Tunggu Lagi!

Ayuh, jangan tunggu lagi.  Kita tidak tahu saat bila umur kita akan berhenti.  Dan kita juga tidak tahu bilakah matahari akan terbit dari arah barat yang menandakan dunia ini akan mati. Disebabkan kita tidak tahu, jadi penangguhan terhadap taubat adalah suatu yang sangat merbahaya.  Ia bisa menerjah tiba-tiba pada saat kita tidak bersedia dan tidak sempat bertaubat.
Janganlah termakan kata-kata hinaan rakan atau keluarga yang mengatakan kita tiada peluang untuk bertaubat.  Jangan terhasut bisikan-bisikan halus dalam hati yang mengatakan ALLAH tidak akan menerima taubat.  Dan janganlah pula terikut dengan ajakan nafsu agar taubat itu ditangguhkan ke suatu masa yang akan datang.  Bersegeralah kepada pengampunan ALLAH. Tatkala kita terlencong atau tersasar dari jalan kebenaran, ingatlah dan yakinlah bahawa kita boleh bahkan dialu-alukan untuk segera berhenti dan pusing kembali masuk semula ke jalan yang benar.  Sungguh, pada kalam-kalam ALLAH dan RasulNYA terdapat kekuatan yang luar biasa buat orang-orang yang beriman dan mahu beriman.
ALLAH sayangkan kita semua.  ALLAH mahukan kita semua masuk ke dalam SyurgaNYA.  ALLAH mahu berjumpa kita dalam keadaan DIA redha dan kita juga redha.  ALLAH sangat mengalu-alukan taubat kita.  Justeru, bertaubatlah sekarang.  Jangan tangguh lagi.
Semoga ALLAH Ta`ala memandu kita semua kepada keredhaanNYA dan semoga Syurgalah tempat kita, amin.


Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi seorang HAMBA yang baik,
disayangi dan dihormati.Berusaha mendidik diri menjadi HAMBA yang baik perlu diteruskan tanpa mengenal erti

penat apatah lagi jemu....Tinggalkan masa lalu yang perit itu..Jadikan ia satu pengajaran bukan satu

penyesalan yang berpanjangan.





Hati ini adalah hati yang dimiliki oleh Allah dan Allah meminta kita mencintai kekasihnya Rasulullah SAW....



If u never thank ALLAH
After every smile.....

Then u have no right to blame HIM 
for every TEAR...